KATA ALUAN
Terima kasih kerana melayari laman sesawang Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad. Azam dan Visi kami adalah Menjadi sebuah Koperasi yang menegakkan syariat yang Cemerlang, Teguh, Perihatin dan berfaedah untuk semua ahli
Mohd Alfa Shamsuri
Mohd Wahi
(PENGERUSI) /// Paduka Ayahanda Desa Melawati
@ Paduka Ayahanda Dr Alfa Profesor

Assalamualaikum wrt.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jemaah PEKIDA Wilayah Persekutuan dan PEKIDA Malaysia atas daya usaha kita bersama akhirnya Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad dengan sahnya ditubuhkan pada 24hb Julai 2012 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993)
Alhamdulillah, saya memanjat syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kumianya kita akan mengerakkan jentera Koperasi ke arah Kecermerlangan dan Terbilang untuk anak-anak melayu khususnya Ahli-Ahli pekida.
Dengan adanya Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad ini saya yakin kehidupan anak-anak melayu kita akan terbela dengan perancangan
jangka masa yang akan dilaksanakan oleh pihak Koperasi.
Saya berdoa semoga segala inisiatif yang bakal kita laksanakan ini akan memberi manfaat besar kepada Ahli-Ahli Pekida kita dalam usaha menjanakan perubahan.
Mohd Izwal Izaddy Md Isa
( SETIAUSAHA AGUNG) ///
@ Abg Long Majlis Jemaaah Desa Melawati
Assalamualikum wrt.
Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t dan ingin merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang telah memberi kerjasama .
Saya juga berharap dengan ujudnya Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad ini akan membuka minda para pemimpin dan Ahli-ahli Pekida dengan memperbaharui tekad dan azam untuk mencapai wawasan negara untuk menjadi lebih CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG.
Saya berharap dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad akan membuahkan hasil dalam usaha unfuk membantu anak-anak melayu kita terutamanya Ahli-ahli Pekida.
Akhirkata saya mendoakan kejayaan Koperasi Pekida Kuala Lumpur Berhad.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.